Korea, I'm coming!

     


Sebuah novel ringkas yang akan dijadikan sebuah ebook. Mengisahkan tentang Suraya yang bercuti di Korea dan berjumpa dengan hantu telaga Korea setelah melawat Gyeongbok Palace dan ada bunyi suara yang seakan-akan memanggilnya. Hanya dia seorang sahaja yang mendengarinya.

"Sura...ya! Sur...aya?"

Itu yang didengarinya.

Suaranya kecil menandakan suara itu kepunyaan kanak-kanak yang belum pecah suaranya..

Suara itu bermain-main dengan namanya.

Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Namun tidak ada yang memanggilnya. Cuma kelihatan telaga lama zaman dinasti joseon yang ada di sebelahnya.

Suraya memberanikan diri. Kepalanya dimasukkan ke permukaan telaga. Jenguknya di situ melihat kedalaman telaga lama itu.

Tanpa disedari. Ada yang menolak Suraya daripada belakang. Muncul kelibat tangan yang menariknya ke dalam telaga itu.

Jatuh pengsan Suraya.

Ketika dia sedar. Dia sudah berada di zaman dinasti Joseon dulu kala. Semua wanita berpakaian hanbok. Dan Suraya melihat ke dirinya. Dia terkejut. Dia juga berpakaian hanbok berwarna putih berbunga-bunga.Sedikit biru muda di hujung kain. Membuatkan dirinya kelihatan lebih menarik.

Teaser sebuah ebook percuma.

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen Buaian Kasih

Schizophrenia is not that scary if get treated

Keadaan seorang pesakit mental