Keadaan seorang pesakit mental
Assalamualaikum. Blog ini akan menceritakan bagaimana saya menjalani proses untuk menyembuhkan penyakit mental yang dialami sendiri oleh saya.
"Ala orang sakit mental ni takde iman."
"Orang sakit mental ni lemah. Mindset diorang lemah."
"Dia orang ni gila."
Dan macam-macam lagi persepsi yang dikeluarkan oleh orang-orang yang sihat dan tidak mengalami sakit mental.
Bagi saya, penyakit mental ni macam bom masa. Yang akan meletup apabila sudah tiba masanya. Meletup pulak tidak kenal tempat.
Apa yang saya lakukan sebagai pesakit adalah mengambil masa untuk menenangkan diri. Buat keputusan untuk berjumpa dengan doktor psychiatrist dan tak skip ubat.
Saya juga mengambil alternatif lain seperti mandi air limau dan garam dicampur sedikit dengan daun bidara. Juga mengambil daun bidara sebagai makanan tambahan. Kenapa mesti bidara?
Bila sakit mental. Diri pun tidak terurus dengan baik. Jadi makhluk halus mudah ganggu. Diganggu makhluk halus bukanlah satu hal remeh temeh yang perlu dipandang ringan. Makhluk ini juga berpotensi membuatkan seseorang itu gila atau lebih teruk meninggal dunia. However mati ni di tangan tuhan kan. Dia mungkin akan memparahkan lagi sakit kita tu dan untuk mematikan kita....I guest hanya Allah sahaja yang boleh. Janganlah kita ambil tugas malaikat maut untuk ambil nyawa kita sendiri. A big No!
Tak lupa juga untuk lebih dekatkan diri kepada Allah. Aspek rohani juga memainkan peranan dan ada kesan yang positif. Bukan lemah iman ye...
Jangan lupa juga untuk reset balik minda kita setiap hari. Think positive and be positive. Ia akan banyak membantu daripada luar dan dalam. Bila emosi kita setabil otak kita pun akan setabil
Akhir kata jaga diri kalian sebaiknya. Love yourself! kalau kita tak sayangkan diri kita siapa lagi yang akan sayang kita. Yourself first barulah orang lain. Sentiasalah baca buku untuk menambah ilmu dan juga memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Comments
Post a Comment