Cerpen Buaian Kasih

 




Bunyi tangisan seorang bayi yang baru dilahirkan terkuak-kuak menyapa halwa telinga seseorang yang baru sahaja bergelar ibu setelah berhempas pulas berperang melawan kesakitan untuk melahirkan iaitu puan Hawa.

     Hawa  memegang erat bayi yang baru sahaja keluar daripada rahimnya.Dipeluk dengan penuh kasih sayang .Terukir senyuman manis bak madu di bibir sang ibu yang buta.

     Setiap anggota tubuh bayi itu disentuh dan dirasai oleh Hawa.Tubuh bayi itu didekatkan pada tubuh Hawa untuk menyuapi susu kepada bayi itu buat pertama kali dalam hidupnya.

    Air mata Hawa turun membasahi pipinya apabila merasa nikmat cahaya mata dan permata hati yang diberi nama Awadullah yang membawa maksud pemberian dari Allah.

     Awadullah diberikan kepada ayahnya Ahmad.Tangan kecil Awadullah masih kecil untuk menggapai tangan si ayah.Ahmad memeluk Awadullah dengan erat.Tidak terlepas Awadullah daripada dakapannya.

     Ayahnya mendekat.Pandangannya tertuju ke arah si ibu yang buta yang berada di atas katil.Mulutnya diletakkan di tepi telinga Awadullah.Ahmad memandang Awadullah dengan penuh kasih sayang dan kemudiannya Ahmad mula melafazkan azan kepada Awadullah.

     Hawa yang sedang berada di atas katil wad bersalin memasang telinga untuk mendengarkan azan yang dilafazkan oleh si ayah.

     Awadullah kemudiannya diserahkan kembali kepada Hawa.Terkebil-kebil jari jemari Hawa apabila hendak memeluk Awadullah.

     “Encik dan isteri dah boleh pulang ke rumah.”Maklum jururawat kepada Ahmad dan Hawa.

     Senyuman jelas terukir di wajah mereka apabila dimaklumkan untuk pulang.Maka bermulalah hari pertama untuk Hawa berpantang di rumah mereka.

     Kerusi roda Hawa ditolak menuju ke kereta.Hawa tidak berhenti memeluk cium Awadullah sejak dari Hospital sehinggalah ditolak menuju ke kereta.

     “Wanginya anak ibu…”

     “Jadi anak yang soleh ye sayang.”Ngomel si ibu yang buta kepada si anak.

     Sampainya mereka di pintu kereta Hawa terus dipapah untuk masuk ke tempat duduk di dalam kereta saga lama milik Ahmad.Kereta roda yang digunakan disorong oleh jururawat kembali ke Hospital.

     Sepanjang perjalanan di dalam kereta Hawa tidak berhenti mengalunkan zikir Lailahaillallah kepada Awadullah.

     Ahmad pula kusut memikirkan cara untuk membayar bil hospital yang baru ditunjukkan oleh jururawat di kereta tadi.

     Setibanya mereka di rumah, Hawa meraba-raba mencari alas untuk meletakkan Awadullah. Kusyen lembut dicapainya daripada kerusi untuk dijadikan sebagai alas untuk meletakkan Awadullah.

     Keadaan rumah mereka hanya beralaskan kayu-kayu lama yang ditinggalkan oleh arwah nenek Awadullah.Awadullah ditatap dengan penuh rasa hiba oleh Ahmad apabila melihat keadaan di rumah mereka.

     Namun hanya rumah itu yang ditinggalkan oleh nenek Awadullah untuk dijadikan sebagai tempat tinggal.Ahmad tidak mampu untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada Hawa dek kerana pekerjaannya yang hanya sekadar mengambil upah menoreh getah.

     Hawa mula mengayun-ngayunkan Awadullah di dalam kain batik yang disangkut oleh Ahmad di siling yang beratapkan zink dengan tali yang panjang.Sambil-sambil itu Hawa juga mendendang kasih sebuah lagu untuk menghibur Awadullah.

     Setelah itu,Awadullah nyenyak tidur dibuai dengan lagu tersebut.Hawa bangkit dengan perlahan-lahan dari tempat dia duduk untuk menuju ke tempat mandi.Tempayan mula diisikan air panas oleh Ahmad untuk Hawa membersihkan diri.

     Dinding kayu disentuh oleh Hawa.Dirasai setiap lapisan kayu tersebut apabila Hawa hendak melangkahkan kaki untuk keluar daripada bilik mandi.

     Pakaian telah pun disediakan oleh Ahmad untuk isterinya Hawa.Pakaian itu diletakkan di atas katil di dalam bilik mereka berdua.

     Hawa meraba-raba dinding kayu rumah mereka untuk ke bilik untuk mengambil pakaian.Awadullah tak lekang menangis walaupun sudah dipujuk oleh Ahmad.Hanya sentuhan ibu dapat meredakan tangisan si anak.

     Awadullah digendong oleh Hawa sambil dipapah oleh Ahmad untuk masuk ke dalam bilik untuk merasakan angin kipas berdiri yang ada di dalam bilik mereka berdua.

     Awadullah berhenti menangis setelah merasai sentuhan Hawa.Hawa menggendong Awadullah untuk menyusunya.Sekali lagi Hawa mendendangkan irama kasih buat Awadullah untuk menidurkan dia.

     Ahmad masih memikirkan cara untuk membayar bil hospital.Titisan air mata mula turun bagaikan titisan air hujan membasahi pipi Ahmad.

     Ahmad terpaksa meminta tolong sahabatnya untuk membantunya.Namun sahabatnya hanya meminjamkan 200 ringgit kepadanya.Akhirnya bil hospital mereka dibiarkan menjadi bil yang tertunggak.

     Keesokan harinya Ahmad memerah keringat untuk mencari nafkah untuk membesarkan Awadullah.Ahmad tidak berhenti menoreh sehinggalah hari larut petang.

     Ahmad bersandar di pokok getah.Tersusuk Ahmad memikirkan nasib yang menimpa diri.Memikirkan cara untuk menyara Awadullah juga Hawa.

     Ahmad disapa oleh temannya yang juga merupakan seorang penoreh getah.Ahmad menerima berita gembira daripada temannya itu.Ahmad menerima pelawaan untuk bekerja sebagai tukang mesin rumput.Upahnya cukup lumayan 300 ringgit untuk satu rumah.Cukup untuk Ahmad menyara keluarganya.

     Manakala di rumah mereka Hawa masih dalam keadaan berpantang.Asam jawa ditempekkan di dahi Hawa .Awadullah dipeluk erat setiap lengkuk tubuh Awadullah disentuhnya dengan manja.Dibelai dengan kasih sayang.

     Ahmad pulang ke rumah untuk mengkhabarkan berita gembira tersebut.Hawa mengucapnya syukur apabila berita itu sampai di telinganya.Benarlah rezeki tidak salah alamat.Moga dengan rezeki ini dapat membantu mereka membesarkan Awadullah.

     Awadullah sekali lagi diletakkan di dalam buaian yang diperbuat daripada kain batik yang digantung di siling rumah mereka.Hawa mendendangkan irama kasih tanda gembira dengan berita yang dikhabarkan.

     Ahmad mula mengambil upah untuk mesin rumput.Dia bermula di sekitar kampungnya dahulu.Walaupun mendapat upah yang sedikit daripada orang di kampungnya dia tetap bersyukur.

     Duit untuk membayar bil hospital sudah cukup.Hasil daripada kerja menoreh getah dan mengutip upah mesin rumput.Ahmad mula menghidupkan enjin motonya untuk pulang membawa berita gembira kepada isterinya.

     Setibanya di rumah Ahmad meletakkan dahinya di atas tikar sejadah yang terbentang di dalam biliknya.Hawa dipeluk dan diciumnya.Manakala Awadullah ditatap dengan mesra.

     Kata-kata mula terpacul keluar daripada mulut Ahmad. “Sayang! duit untuk bayar bil dah cukup!.”

     Mendengar itu Hawa menitiskan air mata bersyukur dengan apa yang dikata.

     Setelah cukup wang untuk membayar bil hospital,Ahmad bergegas untuk ke hospital untuk menyelesaikan bayaran bil yang tertunggak.

     Ahmad menekan kuat pedal minyak tanda ingin cepat untuk sampai ke hospital.Dia sudah tidak sabar untuk melunaskan hutangnya itu.

     Sehinggalah Ahmad terserempak dengan lembu yang ingin melintas jalan dan tidak sempat menekan pedal brek lalu terhumban masuk ke dalam hutan.

     Hawa yang sedang menyusui Awadullah menatapnya dengan wajah lembut.Khabar duka mengenai Ahmad belum diketahui olehnya.Sehinggalah diberitahu oleh orang kampung.

     “Hawa! Ahmad kemalangan!”

     Berita duka membuatkan si ibu yang sedang menggendong anak rebah pengsan di atas lantai.Ahmad yang digendong dalam dakapan pun dilepaskan lalu menangis di atas lantai kayu di rumahnya.

     Makcik Senah bergegas naik ke atas rumah untuk mencapai bayi yang sedang menangis di atas lantai itu.Dia tidak menyangkakan yang Hawa akan pengsan selepas mendengar Khabar berita buruk itu.

     “MasyaAllah Hawa! Anak kau ni Hawa, maaf sebab terpaksa bagitahu yang laki kau kemalangan Hawa.Bangunlah! jangan bagi makcik risau Hawa.”

     Hawa disedarkan selepas disapu air ke mukanya.Awadullah masih belum berhenti menangis kerana lebam terhantuk lantai akibat jatuh terlepas daripada dakapan Hawa.

     “Anak ibu!” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya selepas tersedar daripada pitam yang lama.

     Melihat Makcik Senah yang menemani di sebelahnya membuatkan Hawa hairan kenapa Makcik Senah menemaninya sehingga ke waktu maghrib.

     “Maaflah kalau berita yang makcik sampaikan tadi buatkan Hawa terkejut.”Gusar Makcik Senah.

     “Berita apa Makcik? Hawa taktahu pun.”Terpinga-pinga Hawa dengan apa yang dikatakan oleh Makcik Senah.

     “Suami Hawa…kemalangan…sekrang tengah ada kat hospital dengar kata koma.”

     “Allahuakhbar!”lafaz takbir terpacul keluar dari mulut Hawa tanda terkejut.

     Berita itu disambut dengan tangisan yang laju bagaikan air hujan yang deras.Laju membasahi pipi Hawa disertai dengan rungutan.

     “Kenapa benda ni mesti jadi kat kami makcik! Kami orang susah!”Rungut Hawa.

     “Sabar Hawa Allah uji bersebab.Ada hikmah di sebalik ujiannya.Bawa mengucap Hawa.”Pujuk Makcik Senah.

     Hawa berdiri dalam keadaan tak berdaya.Berjalan menuju ke arah buaian untuk meletakkan Awadullah.Pipi Awadullah diusap dengan tangan tangan yang basah diesat air matanya.

     “Hawa nak pergi mana tu? Malam ni makcik tidur sini ye, teman Hawa.Boleh tak?”Soal Makcik Senah.

     Makcik Senah cuba menenangkan Hawa yang sedang berjalan meraba-raba dinding menuju ke dapur.

     Hawa meraba-raba perkakas dapur dan mengambil pisau untuk menghiris pergelangan tangannya.Namun dihalang oleh Makcik Senah.

     “Bawa mengucap Hawa! Apa kau buat ni Hawa! Kau tak fikir anak kau ke?”

     “Biar saya ikut Ahmad makcik.Anak Hawa tu makcik yang jaga.Hawa tak mampu nak besarkan Awadullah keseorangan.”Ujar Hawa yang sedang dipeluk oleh makcik Senah.

     Hawa menangis terduduk selepas berjaya dipujuk oleh makcik Senah.Awadullah yang berada di dalam bauaian menangis terkuak-kuak.Bergema suara tangisan Awadullah memenuhi ruang tamu rumah kayu Ahmad dan Hawa.

     Makcik Senah mencapai telefon pintar miliknya yang berdering sejak tadi.Namun tidak diendahkan olehnya kerana ingin menenangkan Hawa.

     Nama yang tertera di telefon pintar milik makcik Senah itu jelas-jelas suaminya.Tanpa membuang masa makcik Senah terus menjawab panggilan suaminya itu.

     “Ye abang…Senah ada kat rumah Hawa ni, kenapa abang call?”

     “Abang ada berita buruk Senah. Ahmad baru sahaja menghela nafas yang terakhir seusai abang solat maghrib tadi.”

     “Innalillah wainna ilaihi rojiun.”Makcik Senah melafazkan  kalimat takziah kepada Ahmad.

     Berat berita yang disampaikan oleh suami makcik Senah itu.Pusing makcik Senah memikirkan bagaimana untuk menyampaikan berita buruk yang baru sahaja disampaikan oleh suaminya itu kepada Hawa.

     “Bagaimana kalau Hawa meroyan? Bagaimana kalau Hawa bunuh anaknya?”Bisik hati makcik Senah memikirkan cara untuk menyampaikan berita buruk itu kepada Hawa.

     “Hawa..malam ni walau apa cara sekalipun makcik Senah akan tidur di sini teman Hawa.Hawa rehatlah. Biar makcik Senah yang jaga Awadullah.

     “Baik makcik.”Hawa menuruti keinginan makcik Senah tanpa mengetahui yang suaminya baru sahaja meninggal.

     Keesokannya mayat Ahmad dibawa pulang.Hawa yang tidak tahu apa-apa terkejut dengan sapaan orang kampung yang datang ke rumahnya. Hanya suara orang kampung yang didengari olehnya.Dia tidak dapat melihat jenazah Ahmad yang dibawa masuk ke rumahnya.

     “Buka muka jenazah nanti makcik bagitahu Hawa.Dia masih terkejut dengan berita kemalangan semalam.”

     “Mana dia?” Soal ketua kampung kepada makcik Senah.

     “Dia ada dalam bilik.Sekejap Senah nak panggil.”

     Hawa dipeluk rapat.Orang kampung mula membacakan surah yassin.Makcik Senah mula memberitahu mengenai berita kematian Ahmad kepada Hawa.Terpinga-pinga Hawa apabila mendengar berita itu.

     “Tidak!”

     “Tak mungkin!”

     Hawa menyelak tirai biliknya lalu meraba-raba jenazah Ahmad.

     “Abang! Kenapa abang tinggalkan Hawa! Bagaiman Hawa nak besarkan Awadullah tanpa abang disisi Hawa.”

     Orang kampung hanya mengesat airmata apabila melihat Hawa menggoncangkan tubuh Ahmad yang tidak lagi berdaya.

     Hari demi hari.Berita mengenai kematian Ahmad tidak lagi dibicarakan oleh orang kampung.Hawa cuba membesarkan Awadullah sebatang kara. Beberapa perkataan makcik Senah masih berlegar difikirannya.

     “Kalau ada apa-apa yang Hawa nak makcik tolong Hawa bagitahu ye.Jangan segan-segan datang ke rumah makcik.”

     Ucapan makcik Senah membuatkan Hawa berasa lega.Sejak dari itu rumah makcik Senah merupakan rumah kedua bagi Hawa.Sehinggalah Hawa berjaya membesarkan Awadullah sehingga umurnya tujuh tahun.

     “Awadullah belajar rajin-rajin ye.Dengar pesan ibu.”Pesan Hawa sambil menguncup dahi anaknya.

     Awadullah merupakan budak yang pandai di dalam kelas namun bajunya yang lusuh dengan bekas jahitan membuatkannya menjadi bahan jenakan bagi pelajar-pelajar yang lain.

     “Eee…buruknya baju kau.Kenapa tak beli baru? Miskin ke?”soal pelajar sekelasnya yang merupakan anak orang yang berada.

     Raut wajah Awadullah berubah.Merah muka Awadullah semasa baju yang dijahit oleh emaknya dicemuh sedemikian rupa.Awadullah membisukan mulutnya lalu pulang ke kelasnya.Bekal yang disiapkan oleh ibunya hanya dijamah sedikit olehnya.

     “Kenapa dengan dia? Orang tegur sikit je.”Sinis Imran yang merupakan anak orang senang di dalam kelasnya.

     Awadullah pulang sendiri dengan berjalan kaki.Rumahnya juga tidak jauh dengan sekolah. Namun menjadi kerisauan kepada si ibu yang menunggunya keluar dari sekolah.

     “Dia dah balik dah.”Ujar seorang guru yang merupakan guru kelas Awadullah.

     Hawa bergegas pulang untuk melihat keadaan anaknya.Beg galasnya diletakkan di luar.Bekal yang dibawanya masih elok diikat di dalam plastik.

     Hawa meraba-raba rak kasut untuk memeriksa kasut anaknya.

     “Ada.Alhamdulillah ada.”Syukur Hawa apabila dapat merasai kasut anaknya berada dia atas rak kasut.

     “Syurga ibu! Kenapa pulang tanpa ibu?”Marah si ibu kepada anaknya.

     “Kenapa kita miskin ibu? Kenapa Awadullah tak kaya macam orang lain?”Soal Awadullah kepada ibunya.

     Tergumam Hawa mendengar soalan anaknya.Mungkin kerana baju yang dipakai anaknya hanyalah baju terpakai yang diberi oleh makcik Senah.Dan dijahit olehnya pada bahagian yang koyak.

     “Kita tak miskin anakku.Kita insan yang dipilih.Dipilih untuk mudah memasuki syurga sang pencipta.”

     Awadullah dipeluk erat oleh Hawa.Rambutnya diusap olehnya.Awadullah melepaskan tangisan di pinggang ibunya.Perkataan ibunya telah membuatkan dia menjadi tenang.

     “Awadullah nak jumpa ayah kat syurga, ibu.Awadullah rindu.”

     Situasi di sekolah keesokannya tidak berubah.Awadullah masih diganggu oleh Imran dan rakan-rakannya yang lain.Bajunya yang lusuh membuatkan rakan sekelasnya menjauhinya.

     “Awadullah! Kenapa kau pakai baju ni lagi? Takde baju lain ke? Buruk tahu tak buruk.”

     Imran melontarkan kata-kata sinis kepada Awadullah.Namun kalini Awadullah tidak lagi mengalah.Dia menolak bahu Imran sehingga Imran jatuh terduduk ke tanah.

     “Jangan kata kat akulah! Ni baju mak aku yang jahit!” Awadullah membidas soalan sinis yang diajukan oleh Imran sambil mengambil sedikit tanah dan digenggamnya.

     Budak yang berumur tujuh tahun itu menangis selepas ditolak jatuh ke tanah.Ingin sahaja Awadullah membaling segenggam tanah yang digenggamnya untuk dibaling ke budak yang bernama Imran itu.

     Esakan Imran manjadi kuat sehingga menarik perhatian pelajar lain untuk mengelilinginya.Awadullah tidak melepaskan tanah yang digenggamnya sehinggalah pergaduhan mereka menarik perhatian guru yang berhampiran kawasan itu.

     “Apa kecoh-kecoh ni?” Soal seorang guru bernama Puspawati.

     “Awadullah…buat saya cikgu…dia…dia tto..tolak saya.”Ujar Imran teresak-esak mengadu kepada cikgu Puspa.

     “Bangun..bangun! kenapa sampai jatuh ni…”Pujuk cikgu Puspa kepada Imran.

     “Awadullah, ikut cikgu ke bilik guru.Tanah tu lepas jangan genggam.Risau cikgu.”Gusar cikgu Puspa.

     Awadullah mencebikkan bibir.Tanah yang digenggamnya dilepaskan.Ingin sekali dia menangis apabila Imran memfitnahnya.Namun kata-kata Imran tidak memberi kesan kepada jiwanya.Awadullah sentiasa mengingati kesusahan ibunya membesarkannya.Dia hanya ingin membalas jasa ibunya yang lelah membesarkannya dan ingin bersama kembali di syurga.

     Keadaan di bilik guru bertukar sepi.Awadullah mengetap bibir menunggu malum balas cikgu Puspa.Riak wajahnya bertukar muram.Anak yatim dan miskin dilayan sedemikian rupa manakala anak orang berada dilayan dengan baik.

     “Ini tidak adil!”

     “Apa?”Soal cikgu Puspa.

     Cikgu Puspa memegang tangan Awadullah lalu mengajukan soalan dengan berlemah lembut.

     “Kenapa tolak Imran? Dia kan kawan kamu. Tak baik buat kawan macamtu.”Pujuk cikgu Puspa kepada Awadullah.

     Awadullah hanya diam kerana dia tidak menolak Imran dengan sengaja.Ada sebab kenapa dia menolak Imran.Akan tetapi dia difitnah.Bibirnya diketap rapat tanpa menjawab soalan cikgu Puspa.Hanya deraian air mata yang turun laju membasi pipinya.

     “Lain kali jangan buat lagi ye…kesian kawan, Awadullah buat macamtu.”Pujuk cikgu Puspa kepada budak yang berusia tujuh tahun itu.

     Masa kian berlalu.Awadullah juga membesar dengan baik menjadi seorang yang matang dan berwibawa.Perjalanan arus masa telah mendewasakannya.Kini dia telah berusia tiga belas tahun.Sudah cukup untuk memasuki era tingkatan satu.

     Kebetulan pula Imran didaftarkan ke sekolah yang sama.Musuh ciliknya ketika dia berusia tujuh tahun. Sejak pergaduhan dia dengan Imran itu dia ditukarkan ke kelas yang lain.Namun pertukaran kelas itu tidak mengubah sikap Imran.Kelahirannya daripada keturunan yang kaya menyebabkannya menjadi seorang yang bongkak dan suka menindas orang yang dianggap lemah dan bodoh.

     “Apa khabar Dollah! Tak sangka kita akan bertemu kat sini…Oh lupa, kau kan miskin mestila mak kau hantar ke sekolah yang dekat-dekat je.Sekolah ni berprestij mampu ke kau nak bayar?”Imran melontarkan kata sinis lagi.

     Awadullah memegang kolar lehernya dan menjawab kata-kata yang dikeluarkan olehnya.

     “Biadap kau! Perbuatan kau di masa lalu tidak mengubah kau ke Imran? Dasar anak manja tak sedar diri!”Kolar leher Imran dilepaskan.Ingin sahaja Awadullah melepaskan satu tumbukan ke muka Imran.Hal yang lalu belum Awadullah maafkan namun sudah ditambah masalah yang baru.

     “Cis! Kau ingat kau hebat sangat?dahla hidup takda kawan.Jangan ingat kau akan memiliki kawan di sini.Jomla blah.Tak tahan aku dengan tikus mondok ni.”Ajak Imran kepada kawan-kawannya meninggalkan Awadullah.

     Namun kali ini Awadullah lebih sabar.Dia berjaya menangani Imran dengan bijak.Baginya Imran merupakan manusia lidah bercabang.Sama seperti ular namun lebih berbisa.

     Awadullah merupakan pelajar cerdik.Dia ditempatkan di kelas pertama manakala Imran diletakkan di kelas kedua.Awadullah bersyukur kerana tidak ditempatkan sekelas dengan musuh ciliknya itu.Masih segar di otaknya kata-kata sinis yang dilontarkan oleh Imran kepadanya.

     Apabila kelas dimulakan.Tidak lelah Awadullah mengajukan soalan kepada guru yang mengajar perihal apa yang sedang mereka belajar.Setiap ujian minda yang dijalankan di dalam kelas dia boleh menjawabnya dengan baik.Sehinggakan guru tersebut kagum dengannya.

     Apabila kelas tamat.Guru itu menunggu semua pelajar keluar daripada kelas.Tinggallah Awadullah yang sedang mengemas beg galasnya.Guru itu bernama Juwita.Dia merupakan guru kelas A yang diduduki oleh Awadullah.

     Cikgu Juwita berasa kagum dengan ketekunan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Awadullah semasa dia mengajar subjek matematik di dalam kelas tadi.

     “Cikgu kagum dengan kamu Awadullah.Semoga kamu mendapat prestasi yang baik pada tahun ini.Nah! ni cikgu sedekah buat belanja.Cikgu tengok kamu bersungguh-sungguh tadi.Cikgu suka.”

     “Takpayahla cikgu, susah-susah aje.Awadullah dah nak balik ni.”

     “Ambillah! Tak baik tolak rezeki.Cikgu ikhlas ni.”

     Awadullah terpaksa mengambil wang yang berjumlah sepuluh ringgit itu kerana dipaksa.Kalau boleh dia taknak jadi orang yang meminta.Dia lebih memilih untuk berusaha sendiri.Dia tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan dia untuk meminta-minta.

     Awadullah sudah tidak sabar untuk pulang bertemu ibunya.Dia sangat gembira apabila dipeluk oleh ibunya sejurus dia pulang daripada sekolah.Tambahan pula dia tidak sabar menceritakan mengenai apa yang dia belajar di sekolah kepada ibunya.

     “Ibu! Ibu nak tahu tak tadi Awadullah belajar macam-macam.Awadullah paling suka matematik dan sains.Itu subjek kegemaran Awadullah.Awadullah teringin nak ubah nasib keluarga kita.Kalaulah ayah masih hidup mesti Awadullah sempat gembirakan ayah! kan ibu?”

     “Ayah kamu dah cukup gembira dengan setiap doa yang Awadullah sedekahkan pada dia.InsyaAllah ayah sedang tunggu kita kat syurga.Nanti kita pergi jenguk ayah ye.”Ujar Hawa kepada anaknya.

     “Banyak benda yang Awadullah nak cakap kat ayah.Awadullah nak bagitahu ayah supaya jangan risau keadaan kita kat sini.Semuanya baik-baik belaka.Tak gitu ibu?”

     “Boleh-boleh sayangku esok Awadullah cakap dengan ayah puas-puas ya.”Tambah Hawa membalas kerinduan Awadullah untuk bercakap dengan ayahnya itu.

     Tanah kubur masih merah.Batu nisan masih berkilat.Seperti baru ditanam kelmarin.Hawa dan Awadullah datang ke kubur sambil membawa jug berisi air dan bunga mawar untuk ditabur di atas kubur ayahnya.

     Awadullah berjaya melepaskan kerinduan yang telah dipendam lama olehnya.Dia tidak pernah melihat atau mempunyai memori bersama dengan ayahnya sejak dia kecil.Ayahnya meninggal ketika dia masih bayi.Masih di dalam ayunan buaian.Namun ibunya telah memberikan kasih sayang sebagai ibu dan juga ayah kepadanya.Awadullah berjanji akan membuatkan ibunya gembira walaupun ketiadaan ayahnya di sisi.Awadullah berharap yang ibunya akan menemaninya sehinggalah mereka bertemu kembali di syurga bersama ayahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Schizophrenia is not that scary if get treated

Keadaan seorang pesakit mental