Schizophrenia is not that scary if get treated

Schizophrenia. Ya, itulah penyakit yang saya alami. Nak rawat dia makan masa. But trust me it can be heal. Apa yang perlu dilakukan adalah cari pertolongan. Seek help from professional.

Tapi bagi saya ianya tidak bermula dengan baik. Dijudge oleh doktor yang bukan doktor psychiatrist sebab selalu minta Mc. Ya, saya sangat derita dan jiwa saya tengah meronta-ronta waktu tu. Tapi apa yang saya buat adalah seek help. 

Saya bermula dengan berjumpa dengan kaunselor sekolah. At first diorang pun tak faham apa yang saya fikirkan. 

Human. Kita manusia. Takkan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Tapi ia hanya pemulaan. Yang akan faham tentang penyakit kita hanyalah doktor psychiatrist. Saya ulang. Doktor psychiatrist.

Tapi bila cakap diorang akan paham tentang penyakit awak. Jangan letak beban 100% pada doktor tersebut. Dia juga manusia.

Tapi dengan sedikit nasihat dan ubat yang perlu dimakan untuk stabilkan diri sangat membantu saya yang menderita penyakit ini.

Sejak sekolah menengah lagi saya dapat rasakan suara hati saya didengari orang lain. Itu yang saya rasakan. Sehinggakan saya mempercayai perkara tersebut.

Sekarang. Alhamdulillah. Dapat menerima diri seadanya. Aku tengah sakit. Itu yang dapat menenangkan diri saya.Dan saya tak pandang bila berpenyakit tu satu perkara yang negatif. Ujian. Allah kasih.

Saya jugak tidak petah berlawan dengan suara-suara halus yang menghantui saya. Bukan sekali dua,banyak kali.

Saya juga mengamalkan kaedah terapi Islam iaitu dengan mencintai Al-Quran. Berpagi-pagian dengan Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai terapi. Banyak ayat yang boleh dijadikan sebagai pelukan kepada pesakit. Banyak....tidak terkira.

Betullah...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen Buaian Kasih

Keadaan seorang pesakit mental